Wednesday, February 01, 2017

Selang bertahun-tahun...

Hmm... dah buang 'link' yang dah tak tau wujud ka dak lagi...

Lepas ni tak tau la nak boleh aktif ka dak blogging ni...

Tuesday, November 04, 2014

Tuesday, July 29, 2014

Selfie Aidilfitri 2014...

Salam Aidilfitri daripada kami kepada famili di kampung, saudara sedarah sedaging, rakan taulan dan kenalan semua. Maaf zahir & batin.

Sunday, April 13, 2014

selamat hari lahir batrisyiya!

Hari ni pi makan kat kfc sempena harijadi kakak yang ke 10... nyum.. nyumm... tapi baby yang bergaya macam 'birthday girl' dengan topi wizard dia ... ehehe... semangat...cikcik pulak demam kesian...

Wednesday, April 02, 2014

Hmmm....

Memang lama dah tak mai sini... tersangkut kat facebook la katakan... lepas tu rasa macam bosan dengan facebook... terasa nak aktif la pulak kat sini... hmm... tunggu dan lihat apa nak jadi...

Saturday, August 18, 2012

Maaf Zahir & Batin...

Keluarga di Jitra & Kangar...

Buat ke sekian kalinya... kami beraya di Miri, jauh dari ayahbonda sekeluarga. Jangan bersedih, pasti besar hikmah-Nya yang kita pun tak berapa sedar apa hikmah-Nya... yang pasti kasih sayang antara kita semua sentiasa kuat dengan izin-Nya...

Ampunkan kami sekeluarga di kejauhan ini... Halalkan makan minum kami selama ini... InsyaAllah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, Aidilfitri tahun depan kita berjumpa.

Rakan-rakan dan yang mengenali kami,

Gelak tawa, kutuk mengutuk, komen-mengomen, apa-apa sajalah, moga tidak disimpan di dalam hati, andai ada maaf dipinta...

Muslimin muslimat,

Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T. Amin...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

Monday, July 30, 2012

Ramadhan kembali...

Alhamdulillah,

Diizinkan-Nya... dapat kami sekeluarga dan seluruh muslimin muslimat menikmati Ramadhan pada kali ini... Semoga ibadah kita diterima-Nya...

Buat kami sekeluarga, perasaan tak sabar dan berdebar-debar menanti kelahiran ahli keluarga yang dijangka pada awal Disember nanti... doa sentiasa mengiringi agar ibu sentiasa sihat & selamat bersama 'baby kecik' dalam perut... Nampaknya Firzanah dah tak boleh jadi 'baby' lagi...

Monday, January 30, 2012

Dalam proses nak masuk gear 2...

Esok nak kena pi kompeni... tapi sekarang dok bercelik lg... tak pa..

Tuesday, January 10, 2012

Chicken pox?

Ingatkan dah tua bangka macam la ni tak kena dah 'chicken pox'... boleh kena rupanya... pagi tadi tuan doktor bagi 'fix sick leave' 5 hari... tersadai la kerja kat kompeni, baru nak berkobar-kobar... takpa, alhamdulillah... penyakit ni nak hapuskan dosa babah kot...

minggu lepas anak2 & darling yang demam... babah pi kerja sorang2, minggu ni babah la pulak dok lepak kat rumah sorang2...

Sunday, January 01, 2012

Mulakan dengan Bismillah...

Ayuh, kita mulakan tahun 2012 dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Semoga kita sihat, cerdas & cergas, waras & warak untuk terus beribadah kepada-Nya. Amin...

Tapi tu lah... semangat tak cukup nak mula langkah ke 'kompeni'.... oo man (sebut macam swiper dalam dora the explorer)...

Esok meeting, lusa registration... anak2 pun registration lusa jugak... so, ibu lah yang nak kena embak (bawa) anak2 pi registration...

Kan best kalau ibu surirumah & babah surarumah... leh pi sama2 register anak2 kat sekolah...

Tuesday, November 08, 2011

Adik dah grad...


Lagi sorang anak babah & ibu dah besar...

Thursday, October 20, 2011

Penghujung 2011

Pejam celik dah oktober 2011. Kakak hari ni 'last exam'... adik dah nak 'grad' tadika... baby, hmm... masih macam baby... manja... babah & ibu sibuk dengan 'exam'... pas ni nak kena jaga spm lagi... nak sibuk kemas barang lagi... hmm.... dunia... lagi dikejar lagi jauh... tapi nak kena kejar jugak... betoi dak?

Tuesday, August 30, 2011

Pose Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...
Tema anak2 pink karre...














yang ni try setting kamera lagu lain...

Saturday, April 09, 2011

Exam pertama kakak...

Bahasa Melayu
  • Lisan/ Bacaan = M/M (Apa maksud dia? Entahlah...)
  • Pemahaman = 100A
  • Penulisan = 98A
English = 92A

Matematik = 88A

Sains = 82A

Bahasa Arab = 80A

Pendidikan Islam = 94A

Dapat nombor 13 daripada 33 orang... apa kakak cakap?" ok la babah, kakak dapat no 13, macam birthday kakak jugak..."

ok la... babah tak kisah dapat nombor berapa pun... asalkan semua A... tapi syok gak kalau leh psiko dia supaya dapat no.1, kekekeke....

Tuesday, February 01, 2011

Karangan 'Bilingual' kakak...

Selepas babah betulkan beberapa ejaan... Hmm... anak2 zaman sekarang...

Sunday, October 31, 2010

Graduation Night


Akhirnya, kakak dah abis tadika... dah besar anak babah & ibu yang sorang ni... ini ja gambar yang elok sebab dalam dewan malam tadi agak gelap, kamera babah cikai ja... nanti bila dah dapat gambar 'official' atas pentas, babah upload...

Monday, October 18, 2010

Syukur...

Alhamdulillah, kakak lulus ujian kemasukan ke darjah 1 SK Agama (MIS) Miri tahun depan... yang frustnya, tak tau la babah & ibu dapat temankan masa hari pertama... silap haribulan babah would take one drastic action... (mau gaduh dengan bos nanti... hahahaha)

Friday, September 10, 2010

Pose Aidilfitri 2010

Tiga puteri...



Buat keluarga di kampung halaman, semoga terubat rindu di hati...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Sunday, August 08, 2010

Berkelah Kat Pantai Hawaii, Miri

Melepaskan 'tensen' kerja dengan pi piknik kat pantai Hawaii, Miri... hahaha, jangan jeles...

Tuesday, July 13, 2010

Saja boh gambar...


Saja pi jalan-jalan tengok Kuala Perlis masa balik cuti bulan 6 aritu...