Ingatkan dah tua bangka macam la ni tak kena dah 'chicken pox'... boleh kena rupanya... pagi tadi tuan doktor bagi 'fix sick leave' 5 hari... tersadai la kerja kat kompeni, baru nak berkobar-kobar... takpa, alhamdulillah... penyakit ni nak hapuskan dosa babah kot...
minggu lepas anak2 & darling yang demam... babah pi kerja sorang2, minggu ni babah la pulak dok lepak kat rumah sorang2...
isqim
"Perkahwinan ibarat lautan, tampak tenang dan ada kalanya bergelora...Kalau berani selam la!" -Is & Qim-
Tuesday, January 10, 2012
Sunday, January 01, 2012
Mulakan dengan Bismillah...
Ayuh, kita mulakan tahun 2012 dengan Bismillahirrahmanirrahim....
Semoga kita sihat, cerdas & cergas, waras & warak untuk terus beribadah kepada-Nya. Amin...
Tapi tu lah... semangat tak cukup nak mula langkah ke 'kompeni'.... oo man (sebut macam swiper dalam dora the explorer)...
Esok meeting, lusa registration... anak2 pun registration lusa jugak... so, ibu lah yang nak kena embak (bawa) anak2 pi registration...
Kan best kalau ibu surirumah & babah surarumah... leh pi sama2 register anak2 kat sekolah...

Tuesday, November 08, 2011
Thursday, October 20, 2011
Penghujung 2011
Pejam celik dah oktober 2011. Kakak hari ni 'last exam'... adik dah nak 'grad' tadika... baby, hmm... masih macam baby... manja... babah & ibu sibuk dengan 'exam'... pas ni nak kena jaga spm lagi... nak sibuk kemas barang lagi... hmm.... dunia... lagi dikejar lagi jauh... tapi nak kena kejar jugak... betoi dak?
Tuesday, August 30, 2011
Pose Aidilfitri 2011
Maaf Zahir & Batin...
yang ni try setting kamera lagu lain...
Saturday, April 09, 2011
Exam pertama kakak...
Bahasa Melayu
Matematik = 88A
Sains = 82A
Bahasa Arab = 80A
Pendidikan Islam = 94A
Dapat nombor 13 daripada 33 orang... apa kakak cakap?" ok la babah, kakak dapat no 13, macam birthday kakak jugak..."
ok la... babah tak kisah dapat nombor berapa pun... asalkan semua A... tapi syok gak kalau leh psiko dia supaya dapat no.1, kekekeke....
- Lisan/ Bacaan = M/M (Apa maksud dia? Entahlah...)
- Pemahaman = 100A
- Penulisan = 98A
Matematik = 88A
Sains = 82A
Bahasa Arab = 80A
Pendidikan Islam = 94A
Dapat nombor 13 daripada 33 orang... apa kakak cakap?" ok la babah, kakak dapat no 13, macam birthday kakak jugak..."
ok la... babah tak kisah dapat nombor berapa pun... asalkan semua A... tapi syok gak kalau leh psiko dia supaya dapat no.1, kekekeke....
Tuesday, February 01, 2011
Sunday, October 31, 2010
Graduation Night

Akhirnya, kakak dah abis tadika... dah besar anak babah & ibu yang sorang ni... ini ja gambar yang elok sebab dalam dewan malam tadi agak gelap, kamera babah cikai ja... nanti bila dah dapat gambar 'official' atas pentas, babah upload...
Monday, October 18, 2010
Syukur...
Alhamdulillah, kakak lulus ujian kemasukan ke darjah 1 SK Agama (MIS) Miri tahun depan... yang frustnya, tak tau la babah & ibu dapat temankan masa hari pertama... silap haribulan babah would take one drastic action... (mau gaduh dengan bos nanti... hahahaha)
Friday, September 10, 2010
Pose Aidilfitri 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Sunday, August 08, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Tuesday, June 29, 2010
Siapa yang punya rancangan..?
Sejak anak2 kecil lagi kepala otak aku mula berfikir, aku dah rancang macam2... sehinggalah sekarang, rancangan masih diteruskan. Walaupun hampir semua rancangan tidak berjaya tapi, rancangan masih tetap diteruskan. Rancangan demi rancangan dibuat dan operasi membuat rancangan yang dirancang berjaya tidak pernah ada titik tapi, kejayaan terasa semakin jauh. Apahal? Aku diberi keupayaan merancang tapi kejayaan rancangan tidak tercapai. Adakah ini rancangan yang telah ditetapkan di 'Loh Mahfuz'?
Rancangan yang pasti tidak dapat disangkal kerana ia merupakan satu ketetapan. Ketetapan yang amat menguji kesabaran. Ketetapan yang amat menghancurkan hati. Ketetapan yang menimbulkan amarah. Ketetapan yang bakal menentukan aku dalam golongan kiri atau kanan. Ketetapan yang menggoncang iman. Ketetapan yang disertai kasih sayang-Nya.
Jadi, mengapa merancang? Merancang sesuatu yang sebenarnya telahpun ditetapkan sejak azali... difikirkan lebih mendalam pasti boleh menyesatkan. Kesimpulannya, teruskan merancang. Teruskan berusaha. Semoga mendapat restu-Nya. Semoga mendapat hidayah-Nya. Semoga aku dan keluarga aku dipelihara-Nya. Semoga aku berjaya dengan rancangan aku.
Itu saja untuk petang ini... Babah dah lesu...

Monday, March 08, 2010
Fuhhh...
Tahun ni lagi hebat rupanya... tersadai blog... la ni baru ada mood nak update...
Cerita awai tahun macam biasa, letih, boring, stress, rasa nak sepak terajang, tapi apakan daya... tu semua dugaan daripada yang Maha Kuasa... aku, tak boleh give up...
Kesian kat anak2, lately, selalu kena tinggai kat rumah pengasuh dia, selalu kena marah dengan babah & ibu... Dulu, aku cuma boleh kesiankan orang yang bekerja dengan anak2 mereka yang bersekolah, la ni... hah... rasa sendiri lah... ni baru anak2 pi tadika, tak masuk darjah 1 lagi... dah sibuk macam menteri... (menteri takpa lah, depa ada orang gaji)... hmm... dah adat resam dunia... kena pandai2 la nak hidup... ntah apa la yang aku nak merepek kat sini...
Exam week baru lepas, this week aku mesti habis marking paper... dengan harapan cuti next week boleh bersantai dengan famili... tak mau marah2... anak2 pun tak payah buat kerja sekolah... kita pi jalan makan angin... tapi... nak pi mana ek?

Sunday, October 18, 2009
Akhirnya...
Babah & ibu at first nak cari & plan nak beli honda yang lama yang boleh dibeli secara tunai... (kenapa honda? sebab, ibu pas operate aritu berpeluang drive honda kawan babah. Kawan babah balik raya, tinggal honda dia kat rumah).. malas nak loan bank, sebab nak pakai dalam miri ni ja... Nak beli baru, sayang plak nanti kereta cepat karat kena angin laut china selatan...
Alkisah, masa pi survey honda terserempak dengan maf51 ni... dipendekkan cerita, ibu suka... dah ibu suka, babah pun 2 kali suka... harga dia pun lebih kurang honda ja... akhirnya, maf51 pun dibawa balik ke rumah, bertambah sorang lagi ahli keluarga... kebetulan plak betty dengan adik dah pi sekolah lepas raya aritu, so lega la sket... tak yah pi hantar 'depa' dua pakai moto... rezeki anak2, alhamdulillah... bila ditanya anak2 pasal maf51, apa depa jawab?.."hmm... selesanya..." dan 'depa' paling suka kat bumbung maf51 yang boleh 'berlubang' ...
Monday, September 21, 2009
Pose Aidilfitri 2009
Selamat hari raya aidilfitri buat keluarga, sanak saudara serta sahabat handai, maaf zahir & batin...
Labels:
Photo Album
Tuesday, September 08, 2009
Apendik??
Ibu kena operate apendik... Babah busy... kelam kabut macam biasa... anak2 terpaksa lepak kat rumah pengasuh...
Monday, August 31, 2009
Esok september dah...
Hmm... pejam celik pejam celik, dah september 2009... bila direnung balik, cepat sungguh masa berlalu... terasa macam baru ja 'posting' kat miri ni rupa2nya dah nak genap 7 tahun aku di perantauan... (ewah, perantauan gitu)... dah ada tiga orang puteri... uban pun makin subur... enjin pun kekadang dah mula terasa lemah... kejap2 demam, kejap2 demam... rasanya tahun ni tahun ke 3 atau ke 4 aku raya kat perantauan... rindunya nak rasa raya kat kampung... kalau nak balik raya gak, makan beribu jugak nanti... baik aku simpan duit tu buat belanja orang tua kat kampung... selama 7 tahun ni gak macam2 biz aku try... hmm... belum masanya aku berjaya kot... takpa, sabar... kalau dah rezeki tak ke mana, betoi dak?
Esok start rutin 7 tahun ulang alik pi 'kompeni'... bosan, nak termuntah, meluat, geli geliman , semua ada... sabar je lah... dah nasib kuli... macam mana lagi... ikut arahan saja... tapi nasib baik jugak dah september, maknanya tinggai lebih kurang 2 bulan nak sengsara kat kompeni, hehehe... pastu boleh siap2 nak balik bercuti kat kampung... yahuu...
Bulan posa macam biasa... tak boleh nak buat apa pasai si baby kecik tu mak ooi, suka menjelajah ke setiap ceruk rumah dan apa yang dikutipnya mesti masuk mulut... bila boh dia dalam 'bakul' dia keriau nak keluar... hmmm... tensen la jugak sikit2... tapi dah nama dia baby... macam tu la perangai dia...
Ok lah, nak sambung buat kerja 'kompeni'... nampak ja relek kerja kat kompeni ni... tapi bila dah ada famili & anak pinak campur dengan bini pun kompeni yang sama (branch lain), tak cukup tangan... kerja tak ketahuan hala, rumah bersepah, rumput tak tebas lagi... huargghh....

Monday, August 17, 2009
One Month to Go!!
Bulan depan, baby genap 1 tahun... la ni dia tengah merana nak tumbuh gigi... dua batang gigi bawah dah tumbuh, 4 batang gigi atas dalam proses... hebat, sekali tumbuh, 6 batang terus...
Sunday, June 28, 2009
40" LCD TV Samsung FREE!!

Bermula 15 Mei 2009, sapa yang guna kad kredit MBF RM30 ja, ada chance dapat LCD Tv Samsung 40" FREE!!! Jom la pakat2 guna! Sapa yang nak apply kad kredit MBF babah leh rekomen... hehehe..
sms NAMA dan Email Add. kat 0134382179... OK!
Alah, ni pun program MBF gak... member get member...
Kalau ada rezeki babah pun nak dapat Tv Free! Hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)