Sunday, May 20, 2007

Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda

KESAN KETARA (SEGERA) PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH.

ü Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

ü Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.

ü Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.

ü Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.

ü Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.

ü Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.

ü Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

ü Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

ü Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH.

v Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi menggantikan minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.

v Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil glukos dari dalam darah.

v Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

v Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

v Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

v Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

v Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.


No comments: