Sejak anak2 kecil lagi kepala otak aku mula berfikir, aku dah rancang macam2... sehinggalah sekarang, rancangan masih diteruskan. Walaupun hampir semua rancangan tidak berjaya tapi, rancangan masih tetap diteruskan. Rancangan demi rancangan dibuat dan operasi membuat rancangan yang dirancang berjaya tidak pernah ada titik tapi, kejayaan terasa semakin jauh. Apahal? Aku diberi keupayaan merancang tapi kejayaan rancangan tidak tercapai. Adakah ini rancangan yang telah ditetapkan di 'Loh Mahfuz'?
Rancangan yang pasti tidak dapat disangkal kerana ia merupakan satu ketetapan. Ketetapan yang amat menguji kesabaran. Ketetapan yang amat menghancurkan hati. Ketetapan yang menimbulkan amarah. Ketetapan yang bakal menentukan aku dalam golongan kiri atau kanan. Ketetapan yang menggoncang iman. Ketetapan yang disertai kasih sayang-Nya.
Jadi, mengapa merancang? Merancang sesuatu yang sebenarnya telahpun ditetapkan sejak azali... difikirkan lebih mendalam pasti boleh menyesatkan. Kesimpulannya, teruskan merancang. Teruskan berusaha. Semoga mendapat restu-Nya. Semoga mendapat hidayah-Nya. Semoga aku dan keluarga aku dipelihara-Nya. Semoga aku berjaya dengan rancangan aku.
Itu saja untuk petang ini... Babah dah lesu...
No comments:
Post a Comment