Thursday, December 29, 2005

BAB 1 [Dimulakan & Dipendekkan...]

Selama hampir setahun kami saling mengenali berserta dengan persetujuan ahli majlis tertinggi famili, maka selepas ke'havoc'an raya pada 2002, telah bersiap sedia satu rombongan pertunangan. Pada 19.01.2003 dengan rasminya bertunanglah kami. Ringkasan perjanjian pertunangan yang telah termaktub ialah, tarikh pernikahan pada cuti sekolah 2003 yang akan ditetapkan nanti dengan mas kahwin rm3001 dan belanja rm4000, cash & carry hehehehe...

Nak jadi cerita, selepas bertunang kami berdua dihantar ke seberang Laut China Selatan... start kerja kat Miri, Sarawak. Al maklum ler... dok kat 'over sea' ni, risau macam-macam hal dan oleh itu, dengan perintah ahli majlis tertinggi famili maka, bernikahlah kami di seberang laut ini sambil ditemani rakan-rakan opis. Alhamdulillah, pada 13.03.2003 kami telah selamat diijab kabul di Pejabat Majlis Agama Islam Sarawak branch Miri. Macam senang jer kan, tapi Tuhan saja yang tau betapa susahnya kami menguruskan hal perkahwinan sendiri. Kalau kat kampung adik beradik ramai, boleh tolong... tapi kami kat sini... huu... tapi, mungkin dengan berkat dan restu Ayahbonda tersayang segala urusan dapat kami laksanakan.

Jadi, kendurinya bila? Kendurinya tetap diadakan, satu di Miri dan yang 'grand' punya di kampung pada cuti hujung tahun 2003 seperti dalam perjanjian pertunangan.

1 comment:

KakNi said...

Assalamualaikum,
Tahniah sebab dah bukak blog. Ada masa InsyaAllah saya nak baca semua.

Dah bukak blog ni kenalah pulak war war kat orang. Salah satu cara untuk war war tu ialah dengan pi dok melawat blog orang dan tinggal kan komen barang sepatah dua...

Selamat berblog!