Thursday, December 29, 2005

BAB 2 [3 Tahun Berlalu...]


Dalam tempoh 3 tahun ni kami dah pun dikurniakan 2 orang puteri yang kini menjadi buah hati pengarang jantung. Puteri sulung namanya Batrisyiya dan adiknya bernama Damiya. Batrisyiya lahir pada 13.04.2004 tepat jam 2.00 ptg dan Damiya lahir pada 21.05.2005 tepat jam 10.28 mlm. Mereka ni anak kelahiran Miri ler... kesian kat Tok & Tok Wan di kampung Kangar dan Mak Tok & Tok Ayah di kampung Jitra nun... tak dapat nak sambut kelahiran cucu berdua kat sini, jauh ler katakan. Hujung tahun masa cuti sekolah jer baru dapat jumpa.
Batrisyiya sambil diperhati oleh Tok

Batrisyiya sekarang ni berumur 1 tahun 8 bulan... dah boleh berlari, lompat-lompat, terjun tiruk dan macam-macam lah perangai yang dia boleh 'action'kan. Mulut pot pet pot pet... al maklum lah, Ibu dan Babah dia kan cikgu.. mestilah cakap banyak. Damiya baru 7 bulan, baru dok guling-guling dan meniarap. Damiya ni kalau nangis, 'volume' dia, mak ooi, gegar habis 'medula oblongata'! Dia ni pun pot pet pot pet jugak nampak gaya, cuma Damiya agak 'cool' & selamba kalau nak dibandingkan dengan Batrisyiya yang sentiasa cergas. Rugi rasanya tak belajar IT masa muda-muda dulu, hehehhe... kalau tak mesti dah banyak cerita anak-anak kami sumbat dalam website, walaupun kekadang rasa macam tak sempat jer nak berbuat demikian... tak pa, kami rasa belum terlambat untuk try.. sibuk, mestilah sibuk, tak ada kerja dalam dunia ni yang tak sibuk.
Damiya yang suka senyum

1 comment:

aLoNg said...

comel-comelnye laa anak kim nih.. congrats.. semuga sumer menjadi anak yg solehah... leh tambah agi pasnih.. dptkan boy plak... ok..