Sunday, January 01, 2006

BAB 5 [Pantasnya Masa Berlalu...]

Majlis kenduri Pak Lang diorang berjalan lancar, walaupun 2-3 hari sebelum tu hujan tak berhenti-henti tapi cerah pada hari kenduri. Pagi-pagi lagi kami 4 beranak dah siap nak ber'posing' di bilik pengantin, hehehhe... bila lagi nak bergambar, nanti bila dah mula kerja asyik sibuk memanjang. Selesai sesi bergambar, kami pun dok la lepak-lepak sambil makan & 'chatting'. Bila sampai time tengah hari, baru lah kami bertukar uniform, dah nak mula syif. Lewat petang semuanya dah selesai, alhamdulillah. Lepas ni pengantin ler yang kena cuci periuk belanga kat dapur tu... ;o). Tup tup cuti dah semakin habis... muka pun dah semakin monyok... seminggu sebelum flight balik Miri, Kak Long & B.Long balik Jitra ambik anak-anak dan kereta diorang. Along nak masuk darjah 1 tahun 2006 ni, so nak kena bersiap sedia lah. Batrisyiya pulak asyik sebut-sebut abang & kakak jer... rindu agaknya... Pada hari Kak Long nak bertolak balik KL, ada dah kawasan yang banjir, mujur diorang sempat, kalau tak... habis, 'highway' dah tenggelam. Rumah kat Jitra pun nyaris nak naik air. Memang teruk banjir tahun ni. Rumah kat Kangar pun naik air paras lutut ha... airport pun dah tutup. Terpaksa lah kami naik bas ke KL. Susah hati betul bila fikir naik bas dengan 2 budak kecik ni. Damiya, baru 15 minit bas berjalan... dah berak... nasib baik lepas berak dia terus tidur! 'Magic' betul lah budak ni! Hari lain tak pernah berak tengah malam, tup tup malam naik bas dia buat 'hasil' la pulak. Dalam jam 2.00 pagi bas kami stop kat R&R Bukit Gantang, Batrisyiya pulak berak! Isk.. ! Memang 'magic' lah 2 beradik ni, selalu sepakat. Sampai KL, dok kat rumah Kak Long sat. Petang tu dia hantar pi KLIA. Lebih kurang jam 7.00 malam, kami dah mendarat di Miri. 'Bye bye' kampung! huuuhuu... :-(

1 comment:

iqbal said...

cantiknya gambar kak ti sekeluarga.