Friday, December 30, 2005

BAB 4 [Selepas Raya...]

Penghujung minggu pertama raya sempat jugak kami balik Jitra jumpa Kak Ngah. Dapat la Batrisyiya & Damiya jumpa Syahmi (anak K.Ngah) dan Mak Ngah & Pak Ngah. 'A week later' Kak Long & B.long balik hantar anak-anak diorang, Madarina (Along) & Manarina(Angah). Along & Angah cakap diorang nak dok rumah Mak Tok sampai habis cuti... nak kawan dengan adik Batrisyiya & Damiya. Apa lagi, seronok bukan kepalang lah bila dah ramai kawan! Bukan main meriah sepupu sepapat ni. Baru nampak Mak Tok sengih nampak gigi, suka ler katakan... Dalam gambar di atas tu, dari kiri, Angah, Along, Batrisyiya & Damiya.
Minggu seterusnya kami balik ke Kangar pulak. Persiapan untuk kenduri berjalan lancar walaupun ada 'sedu-sedan' untuk sesetengah perkara... biasalah, Tuhan saja yang Maha sempurna, kita ni hamba Dia jer. Keadaan jadi lebih meriah bila Kak Yany & anak-anak dia balik. Apa lagi, Batrisyiya seronok ler... ada sepupu sepapat nak buat kawan. Damiya pun join 'the gang'. Dalam gambar dari kiri, Sarah, Hariz, Damiya & Batrisyiya. Seronok & lapang rasa hati bila kita tengok muka anak-anak yang 'happy'. Alhamdulillah. Batrisyiya pun dah semakin pandai bercakap, dah boleh sebut 'Abang, Kakak, Adik, Tok, Tok Wan, Mak Tok, Tok Ayah, Pak Anjang, Along...', hmm... ;o

No comments: