Wednesday, January 11, 2006

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya!! Nampaknya tahun ni kita raya 3 kali dalam setahun lah yer... Kami raya kat sini jer lah... nak balik kampung jauh beb! Dalam perkiraan nak balik raya puasa bulan 10 nanti. Lagipun, cuti raya haji kali ni 1 hari jer. Ibu diorang yang cuti banyak hari, sampai hari ni. Babah diorang dah kena pi sekolah. Kerja makan gaji lah katakan. Raya semalam kami pi beraya rumah 'kengkawan' dan rumah pengasuh Batrisyiya & Damiya (wajib pergi ni). Boleh tahan jugak menu raya diorang ni, ada laksa, nasi minyak, kurma ayam, nasi hujan panas ler, kek yang berlapis-lapis tu... fuh.. sampai pagi ni tali perut dok mendidih lagi. Terubat la sikit rasa rindu kat kampung bila dok menyibukkan diri dengan acara-acara macam ni... hehehe...Apasal kami tak mintak balik kampung? Bukan tak nak balik, hutang masih banyak beb... biarlah segala hutang diselesaikan, lepas tu baru minta balik kampung dengan perasaan aman & damai... lagipun bila dah balik kerja kat kampung gaji dah tak banyak macam kerja kat sini, itu pun mau pikir + rancang betul-betul. Hmm...

2 comments:

aLoNg said...

a'kum kim.. nape xupdate lagi.. hehe.. kalu nak tgk baby boy along Haris Hakimi.. tgk laa dlm ni ek.. http://irfanrabaiah.fotopages.com..skrg dah masuk 3 bln..

isqim said...

sori la along, lambat update.. awal-awal tahun ni busy sikit.. sabar ek.. hehehe..