Saturday, January 21, 2006

Selepas Aidiladha

Sudah seminggu Aidiladha berlalu... hmm.. dah 2 minggu daaa... itu la, sibuk sangat sampai tak sedar masa berlalu lebih pantas daripada kelajuan boeing 747.. Apa boleh buat, 'meeting' la, nak kena sedia kelas la, 'settle'kan yuran 'student', nak siap untuk hari sukan la... gila! Macam robot.. Hanya orang bodoh & pemalas jer yang kata kerja cikgu ni senang... Mula tahun baru jer mesti menyumpah-nyumpah pasal kerja... dalam masa yang sama sedih juga sebab terpaksa buat kerja yang tak pernah diangankan dalam hidup... cikgu... hmm... mungkin Tuhan dah letak aku kat bidang ni... berusaha yang terbaik jer lah. Kesian kat anak-anak.. 6.30pagi dah kena angkat dari tidur, hantar ke rumah pengasuh... kalau ibu diorang tak sibuk, lebih kurang pukul 6.00ptg dah ada kat rumah, kalau tak, lepas aku balik la baru pergi ambil diorang, mau nyer pukul 8.00malam... bila fikir-fikir balik baik aku kerja kat bursa saham... sama gak, malam baru boleh jumpa anak-anak... sabar... jom makan megi.. lapar la pulak.

No comments: