Monday, May 29, 2006

Keadaan Semakin Pulih

Alhamdulillah.. itu saja yang mampu aku ucap... cukup, tutup cerita sihir2 ni... pesan aku, korang hati2.. especially buat kengkawan aku yang baru kahwin, kalau pasangan kita ada berubah perangai, hati2.. jangan cepat melenting. Sabar mesti banyak. Duduk diam2 cuba fikir apa sebab musabab yang membuatkan pasangan kita berubah perangai. Is selalu cakap kat aku, "ling ni tak macam masa bercinta, terasa macam kahwin dengan orang lain..." aku pulak dok pelik sorang2, kat mana lainnya aku... hmm... jadi masing2 dah boleh panas hati. Mujur aku ni tak banyak mulut, so Is pun malas layan... Nampak macam tak ada apa2, tapi kalau dah 3 tahun macam tu, apa cerita? .. sihir tu dah menebal rupa-rupanya... susah nak cakap... aku sendiri pun pada mulanya berat nak percaya benda2 macam ni... tapi, bila diingat balik, dalam dunia ni bukan kita manusia saja yang dok hidup mati, makhluk2 Allah yang lain pun ada... mesti mau ingat! Kalau terasa nak marah kat anak2, sabar.. bawak mengucap.. syahadah banyak2... insyaAllah kita akan tersedar daripada kemarahan tu... lagi bagus kalau terus ambil wuduk... Syaitan ni saja nak bagi kita marah kat anak2 kita yang sepatutnya kita sayang, kita belai... Jin dan syaitan ni 'jeles' kat kita manusia ni sebab kita dikurniakan akal dan peranan sebagai khalifah untuk membangunkan bumi ini. Jadi syaitan (yang kita sedia maklum mereka ni memang jahat) dan jin (yang jahat saja, ada juga jin2 yang baik) akan berusaha untuk mengacau manusia supaya berpecah belah, bercerai berai, bunuh dan macam-macam lagi benda jahat. "Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin dan syaitan"... pernah dengar kan? Cuba fikirkan... InsyaAllah kita semua akan dapat hidup dengan sejahtera sekiranya kita selalu ingat akan kekuasaan Allah s.w.t.

No comments: