Saturday, September 27, 2008

Muhasabah diri...

Ramadhan dah kat hujung... tinggal 3-4 hari ja lagi... yang seronoknya, tahun ni lah aku paling banyak tak puas hati kat company aku... seolah-olah aku ni macam orang yang tak bersyukur... asyik nak komplen ja... bukannya tak bersyukur, bersyukur bangat gitu... cuma, jauh di sudut hati terasa terkilan dengan apa yang terjadi...

Petang kelmarin aku pi uruskan pasal waran dengan agen yang baru. Agen yang baru ni pandai isu fake booking slip untuk match kan dengan amaun yang diperuntukkan kat aku. So, settle lah. Tapi dengan harga yang baru ja naik, aku kena tambah rm2k++ untuk semua sector. Kalau kurang 1 sector mungkin boleh jimat... tapi kalau kurang satu sector, salah satu journey mesti ada problem... nak naik apa? bas, teksi, bot, train?...

Balik rumah, 1 idea keluar... miri-kl naik flight, kl-a.setar naik train, a.setar-kl-miri naik flight... jimat rm1k. Masalahnya, bila naik train dari kl sentral-a.setar, maunya 12 jam kami 5 beranak dok kat dalam gerabak tu... berbaloi ka jimat rm1k dengan menyeksakan diri naik train? Takpa, ambik 3 bed, boleh lepak2 & tidur... tapi, boleh ka kami tidur? Macam mana kalau anak2 nak kencing & berak? Ok tak toilet dia? Orang sekeliling tu boleh percaya ka? Kalau amik flight 1 jam ja dah sampai a.setar... tp burn lagi rm1k la jawabnya... Entah la...

Bayar ja rm2k, amik semua flight... tak susah anak beranak... Tapi, kalau nak experience sendiri naik train pun boleh gak...