Sunday, November 23, 2008

Di mana baby Firzanah?


Dah dekat 2 minggu kat kampung. Nasib baik la gak dah ada internet... Betty & Adik pun bukan main lagi syok pasai Along & Angah turun bercuti kat kampung... macam nak pecah rumah... Nasib baik la jugak Ayah Teh pun balik cuti, dapat la babah pakai kereta Tok Ayah untuk ulang alik jitra-kangar... cuti setahun sekali, walaupun nampak macam panjang ja cuti tu, tapi bila dipangkah-pangkah kalendar, kejap jitra, kejap kangar, kenduri kendara... pergh... kejap ja dah nak kena balik miri... tahun ni kami plan nak extend cuti, 31 Dec baru balik, harap2 masih ada seat kosong untuk kami, kalau tak, sambut krismas kat miri la... kekekeke... macam tahun2 lepas... Esok baru nak pi adjust kat airport..

Baby Firzanah pulak first night kat kampung, pergh... melalak... tak tau nak cakap macam mana... esok hari babah pun bawak la dia pi jejak tanah & selawat (mak tok suruh), calit tanah kat dahi (cara orang sarawak)... cakap "sini la tempat lahir"... lebih kurang la... resultnya... entah, aku pun dah tak berapa ingat... macam ok ja... la ni payah2 aku sumbat puting ja dalam mulut dia... tu pun kekadang dia reject... mungkin nak yang "ori"... kekeke...

Peristiwa menarik... "ndoi" (buaian, kalau kat miri orang sebut "ayun") baby firzanah patah 2... pergh... pun nasib baik ibu sempat sambut... (aku belum insurans lagi si kecik tu...). Rugi aku tak snap gambar ndoi patah tu... tapi memang aku dah expect ndoi tu akan patah, sebab kesan crack dah ada, dan mungkin juga dengan baby yang dah 6kg + mesin enjut + metal fatigue telah mempercepatkan proses ndoi tu patah 2... huishh, korang jangan la buat eksperimen macam aku buat... beli ja ndoi baru kalau dah tak yakin...

Macam2 lagi yang terjadi, tapi aku dah blank for the time being... By the way, di mana baby firzanah? Senang ja... Jumpa?

2 comments:

TeacherNunu said...

huhuhuh power puff girl tuuuuuu

Mama Hakimi said...

xturun KL ke Kim? kalau turun jgn lupa bgth ek :D nk jumpa anak2 dara kim tu .. hehe