Monday, August 18, 2008

Tensennya!!!

Lepas pi check-up baby tadi, aku pi la uruskan pasal tiket nak balik kampung... sebelum tu biar aku story sikit pasal tiket ni atau lebih dikenali sebagai 'WARAN'...

Waran ni atau dalam istilah panjang dia, kemudahan tambang percuma untuk berkunjung ke wilayah asal yang diberi kepada aku oleh company aku, 1 kali setiap 2 tahun... sebab Is pun satu company, boleh la kami take turn apply waran tu so, boleh la kami balik kampung setiap hujung tahun... sebelum tahun 2007, waran ni cover sampai KLIA jer... bermula 2007, waran tu cover sampai ke last airport so, macam kes kami dapatlah tiket free dari Miri - KLIA - Alor Setar (return). Bersyukurnya... (masa tu lah).

Kisah tahun ini, selepas kenaikan harga minyak... tiket pun naik 'minyak' la jugak... memandangkan proses apply waran ni satu tahun sebelum tarikh perjalanan, maka harga yang dipohon tu pun harga sebelum tiket naik 'minyak'.... masa tu harga tiket untuk kami 4 beranak yang aku apply RM5844 (Miri-KLIA-A.Setar) pegi balik. Harga sekarang, selepas aku pi booking tiket tadi, RM7384... kerani kat opis company aku cakap, aku kena top up pakai duit sendirilah sebab company nak kena berjimat... Aku bukan orang 'politik' nak 'fire' kerani tu... blank kepala otak... Ya la company nak berjimat, yang kacau duit poket aku yang ciput tu apahal???

Entahlah, duit lagi... dah la dapat 2 tahun sekali, siap nak kena top up dengan duit sendiri lagi... dah tak larat fed up dah... silap hari bulan tak balik aku tahun ni... HUarghhH!!! Kita tungging terbalik buat kerja untuk depa... last last, ini yang kita dapat... Aku boleh buat semua student 3E aku lulus maths PMR, apa yang aku dapat... "congratulation"... itu pun keluar dari mulut satu orang sahaja... cuba semua budak 3E tu fail maths... mau satu company kutuk aku berbakul-bakul... aku cakap pasal 3E... bukan 3A... pakai otak la.... (tu tak campur kerja2 lain lagi)...

Aku ja yang tak sedar diri selama ni... tak boleh terima hakikat yang aku ni KULI... perghh...
Dunia... dunia... bila nak kiamat tak tau?

1 comment:

Anonymous said...

Abih tu camno tu? Tak bole tiket air asia ko?